Insight
Last updated
Last updated
Disini anda akan dapat lihat sms yang dihantar dengan lebih terperinci lagi. Untuk melihatnya, anda boleh klik pada "Action" kemudian klik pada "Insight".
Disini anda akan dapat lihat beberapa maklumat dengan terperinci seperti jumlah penerima, jumlah SMS dihantar, jumlah SMS yang gagal dihantar, SMS tamat tempoh, SMS yang belum selesai, dan juga SMS yang telah diklik oleh pengguna.
Pada paparan dibawah, anda akan dipaparkan sebentuk graf yang mempunyai waktu masa bagi memudahkan lagi anda untuk membaca atau melihat pergerakan SMS yang telah selesai dihantar, atau pun SMS yang gagal dihantar.
Maklumat yang anda dapat lihat.
SMS ID adalah id sms.
Senarai log SMS penerima, untuk melihatnya anda boleh klik pada butang tersebut.
Tempoh masa semua SMS yang dihantar.
Rujukan SMS yang anda telah hantar kepada pengguna.
Penggunaan kredit yang telah digunakan untuk menghantar kesemua SMS.
Jumlah Karakter penulisan yang telah digunakan.
Muka surat mesej yang digunakan.
Jenis mesej yang digunakan.
Penggunaan Karakter Istimewa.
Penggunaan Smart link didalam mesej.
Seperti yang anda lihat gambar dibawah, di bahagian kiri ialah gambaran peta dan juga lokasi pengguna yang menekan "Smart link" di SMS. Di tengah pula ialah jumlah "Smart Link" yang telah diklik oleh pengguna. Dan juga disenarai mengikut URL berasingan. Disebelah kanan pula jumlah klik yang paling teratas. Anda dapat lihat nombor pengguna mana yang banyak menekan "Smart link" tersebut.